The Red Giants

EN
MY
Selangor FC
SELANGOR FC
BERITA

Previu Perlawanan LS15 | DPMM FC vs Selangor FC | Perjuangan Diteruskan

Jan 10, 2026 - FAS

Selangor FC kini berada di Brunei bagi menghadapi perlawanan ke-15 saingan Liga Super 2025/26 bagi menentang Duli Pengiran Muda Mahkota (DPMM) FC di Stadium Negara Hassanal Bolkiah pada jam 8:15 malam.

Skuad Gergasi Merah buat masa ini menghuni kedudukan keempat Liga Super 2025/26 selepas mengumpul 25 mata daripada 13 perlawanan, hasil lapan kemenangan, satu seri dan empat kekalahan, selain menjaringkan 27 gol setakat ini.

Perlawanan pertama pasukan di bawah kendalian Kim Pan-gon, beliau berharap semangat tinggi yang dipamerkan semasa sesi latihan akan diterjemahkan di padang.

“Persiapan pasukan berjalan dengan baik. Selain beberapa pemain import dan pemain muda, saya sudah mengenali ramai pemain, jadi proses penyesuaian diri tidak mengambil masa yang lama. Kami (barisan jurulatih) telah berikan arahan yang jelas dan membina pasukan mengikut cara serta karakter Selangor FC. Sepanjang latihan, para pemain telah menunjukkan semangat yang tinggi dan saya teruja melihatnya. Saya berharap para pemain dapat terjemahkannya dalam perlawanan nanti. Selain itu, saya berharap kita dapat memulakan langkah kanan pada malam ini dengan menghadiahkan kemenangan kepada para penyokong dan akan berusaha untuk menjadi pasukan terbaik buat mereka,” harapan beliau.

Dari segi keberadaan pemain, empat pemain masih tidak dapat diturunkan bagi perlawanan #SFCJDT, iaitu Sharul Nazeem (kecederaan ACL), Samuel Somerville (patah jari kaki), Izwan Yuslan (kecederaan clavicle), Sikh Izhan (patah pergelangan tangan), Harith Haiqal (kecederaan Meniskus), Alvin Fortes (gingivitis) dan Raimi Shamsul (kecederaan quads).

Sementara itu, dua pemain pinjaman; Safuwan Baharudin dan Alexander Agyarkwa serta pemain baharu Gergasi Merah, Mahamé Siby kini menjalani aktiviti penuh bersama rakan sepasukan dan berkemungkinan besar akan membantu pasukan membawa pulang tiga mata pada malam ini.

Selain Kim Pan-gon yang baru dilantik sebagai Ketua Jurulatih, Gergasi Merah menambah Juruanalisis baharu, Lee Soonseok. Beliau akan bekerjasama rapat dengan barisan jurulatih dan pegawai pasukan bagi membantu Kim Pan-gon mencapai sasaran pasukan musim ini.

Selangor FC yakin pasukan akan bangkit dengan mempamerkan aksi yang cemerlang menentang DPMM FC. Gerak terus, Gergasi Merahku! 

Demi Kebanggaan!